Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

[cerpen]:Second hand heart (end)

Badan direbah keatas katil. Nafas dilepas kasar. Arghh!! Apa masalah dengan perempuan tu?! Membuak-buak perasaan sakit hati yang timbul. Aku duduk bersila di atas katil. Rambut yang terjuntai di kuak kasar. Tergiang-giang suara Sarah ditelinga semasa di dapur tadi. "kau....." "aku nak kau tinggalkan Reza. Mintak cerai dengan dia. Aku tak suka berkongsi! Lagi pun kami dah nak kahwin." Aku terkejut. Kahwin? "apa yang Kak Sarah.. " "heiii! Aku bukan kakak kau. Lagipun tak hingin aku ada adik macam kau!" "awak nak kahwin dengan Reza?" "kenapa terkejut?" Senyuman sinis terukir dibibirnya. " Reza hak aku, milik aku! Kau cuma adik angkat dia je. Dia kahwin dengan kau pun sebab mama kau yang suruh." Wajah Fathia dia pandang sinis. Dia tahu Fathia mula menyayangi kekasihnya. Tipu kalau dia tak nampak bertapa kecewanya gadis itu saat dia menyatakan mereka akan kahwin. Aku kesat air mata yang mula meni...

[cerpen]: second hand heart 5

"sayang!" Aku yang tengah berenang itu berhenti. Wajah Rifqy aku pandang. "buat apa tu?" Aku garu kening. Apakah? Sejak bila ada problem mata ni? Masalah mental dia belum sembuh lagi dah dapat masalah mata. Aduhai Wajah ceria Rifqy aku pandang takut-takut. Ingatkan dia takkan jumpa aku. Sampai kebelakang rumah dia cari aku. Bushh!! Rify berenang kearah aku. Cuak! Kalau dulu aku tak rasa apa-apa. Sekarang lain. Lain yang macam mana? Aku pun tak tahu nak cakap macm mana. Yang penting aku tak nak dekat dengan dia. Rasa macam nak putus nafas aku. Aku pantas berenang ke tangga kolam. Belum pun sampai baju aku di tarik. "nak pergi mana?"  mata helang Rifqy tajam menusuk ke hati. Jantung mula berdegup tidak sekata. "phone.....saya dengar bunyi telefon" Aku pandang lain Tak sanggup nak tengok mata helang Rifqy. Boleh buat jantung aku berdebar. Rifqy tarik aku rapat. Sehingga dada kami bersentuhan. Tangan sasa itu erat memeluk ...

[cerpen]: second hand heart 4

Jari laju bergerak atas, bawah, kiri, kanan. Sesekali terlepas ketawa kecil dari bibir mungil itu. "memang dari tadikan telefon tu tak lepas dari tangan awak. Tahulah baru beli" Aku angkat kepala. Wajah masam kelat itu aku pandang. Kemudian aku sengih. "bila awak sampai? Sakit perut lagi ke?" Lepas Keluar dari butik, Firhan mengadu sakit perut. Aku tunggu dia di bangku yang berdekatan. "tak dah" "jum" Aku bangun. "pergi mana? Saya tak ronda lagi Mall ni. Lepas keluar je dari butik awak saya dapat ronda tandas je. Lepas tu saya tunggu awak main telefon. Sekarang ni awak nak balik. Baik saya tak payah ikut kalau macam ni" Aku garu kening. "kalau macam tu kita pergi fun fair nak?" Lelaki itu mengangguk. "ermm.. Kita makan dulu eh? Saya lapar" "okay" Aku senyum. Lenggannya aku tarik. "kejap. Tu Rifqykan?" Aku ikut arah jari telujuk Firhan. Wajah  Rifqy jelas dimata. S...

[cerpen]: second hand heart 3

"awak buat apa?" Senyuman mula terukir. Sesekali dia ketawa. "kita rindu awak. Awak tak rindu kita ke?" Senyuman ditarik. Wajah yang tadi manis bertukar menjadi kelat. "siapalah kita nikan. Terhegeh-hegeh dengan orang tu. Tapi orang tu tak pandang pun kita? Saya tahu awak tak pernah ingat saya. Kita sedar siapa diri kita" suaranya sengaja diperlahankan. Merajuk! Sedikit demi sedikit senyuman mula menghiasi wajahnya. Tiga perkataan yang diucapkan oleh si dia membuat hati menjadi gembira. Bukan senang hendak mendengar si dia menyebut tiga perkataan itu. " I love you too." Dia ketawa. Aku kuatkan volume tv. Menyakitkan hati betul! Awak buat apa? Kita rindulah. Bleh bleh bleh. Aku herotkan bibir. Nak tengok tv pun tak senang. Kalau cakp tu perlahan tak apalah jugak. Ini cakap macam tengah guna mic. Lepas tu ayat dia. Boleh buat aku muntah biru. Yukss! Geli. Nasib aku ni single. Aku mendengus. Geram. Sesekali aku kerling orang dise...

[cerpen]:Second hand heart 2

Aku menongkat dagu. Bosan! Apalah yang mak aku buat dekat dalam rumah tu? Dah sejam setengah aku tunggu tak keluar-keluar jugak. Anak kawan mak aku yang kahwin ke mak aku yang kahwin ni?! Rifqy duduk disebelah aku dengan membawa pinggan berisi makanan. Dari mula dia datang makanan tak lekang dekat tangan. Rifqy sua sate ke mulut aku. Aku mengeleng. "ngaga mulut kau. Sate ni sedap" "tak naklah. Aku dah kenyang!" suara aku sedikit meninggi. Tak suka orang paksa! "jom balik. Panas! " aku bangun dari kerusi "mama?" "mama tidur sini. Tadi dia sms aku" Melihat Rifqy yang masih lagi duduk membuatkan hati aku mengelegak. Dia ni dengar ke tak aku cakap nak balik! "kau ni dengar ke tak aku cakap!" "sekejaplah. Sate aku tak habis lagi." "aku balik dululah." ________________________________ "Fathia!!" Kaki melangkah masuk. Punggung dilabuhkan pada sofa. "kenyangnya...

[cerpen]:Second hand heart 1

" I tak kira you kena bertanggungjawab jugak!" Suara nyaring seorang perempuan membuatkan aku menghembus nafas berat. Ada je yang kacau! Nak gaduh pun jangan la dekat sini! Laut yang hitam pekat itu aku pandang. Jam aku kerling. Sebelas malam. Cepat betul masa berlalu. "apa yang you cakap ni?! Tanggungjawab apa pulak?"  Suara garau itu menerjah gegedang telinga aku. "biawak naik LRT pergi kedah buat-buat tak tahu pulak dah!" Aku tersenyum. Sempat lagi minah berpantun. Hati mula rasa ingin melihat muka pasangan kekasih itu. Aku bangun. Dapat rasakan pasangan kekasih itu berada disebelah batu besar tempat aku duduk sekarang ini. Aku intai sedikit. Dalam samar-samar cahaya bulan aku dapat melihat wajah perempuan itu. Not bad. Cantik la jugak. Tapi aku lagi cantik. "ni lah lelaki habis madu sepah di buang! " Belakang badan lelaki itu aku lihat. Haih tak nampak pulak muka lelaki ni. "cakap tu jangan ikut ...